Monday, July 1, 2013

Ujian? Alhamdulillah..


Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah masih diberi peluang menyedut oksigen. masih diberi peluang jantung ini berdegup dan alhamdulillah masih diberi peluang untuk jemari ini menulis seciput ilmu yang ada. moga bermanfaat pada yang membaca.

Ujian yang Allah bagi pada kita. Itu tanda apa? Kasih kah? atau benci? Allah dah jawab dalam Al-Quran bukan?

"Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Al-Ankabut : 2

Aduh. Ini jawapan Allah. Siapa yang berani cakap dia telah beriman selagi mana dia tidak diuji? Nah, lihat sejarah dan sirah zaman Rasul-rasul dan nabi-nabi. Mereka semuanya diuji. Ujian mereka lagi hebat. Bukankah Allah tidak akan bebankan seseorang itu melebihi kemampuan dirinya? Allah. Lupakah kita doa itu senjata orang Islam? Jadi, ucaplah alhamdulillah. Hoi, Allah pilih kau kot!! Bukan semua orang dapat ujian ni. Ini tanda kau kuat.

Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita yang sedar isu dunia Islam. Isu Palestin, isu Syria, isu Turki, isu Mesir dan sebagainya. Tapi dalam kesedaran kita itu, layakkah kita bergoyang kaki tatkala umat Islam ditindas? masih ada masa lagi untuk kita berguling-guling dalam jahiliyah? sedangkan Islam ditolak di bumi Anbiya'? 

Sedih membaca kisah Ikhwan kita di Mesir. Dulu mereka menolak Husni Mubarak. Mereka laungkan Irhal. Nah, Allah kabulkan doa kita. Islam mula naik di Mesir. Alhamdulillah. Sujud syukur kita. Namun, masih ada yang dengki dengan Islam. Sedangkan Islam tidak menindas sesiapa. Mereka tidak suka Islam kembali 'izzah di bumi Anbiya' itu. Allah. Masih ada juga manusia seperti ini. Ku sangka jatuhnya Husni Mubarak, naiknya Mursi kerana mereka mahukan Islam. kerana Islam itu ADIL

Dan hari ini, golongan Tamarrud itu berkumpul. Memberontak. Mereka kembali melaungkan Irhal kepada Mursi. Allah. Kita tahu, pro Mubarak masih ada disekeliling. Mereka tidak akan senang duduk melihat Islam menang. Busuknya hati mereka. Mereka bakar pejabat Ikhwan kita. dan merompak kelengkapannya. Kuatnya mereka. Hebatnya mereka. Diuji sebegitu rupa. Allah, Kau uji mereka kerana Kau tahu mereka kuat. Kau tahu kami umat Islam akan tembakkan doa untuk kemenangan Islam. Ya, Engkau lebih tahu apa yang terbaik..

Apa peranan kita? Walaupun kita tidak berada di Mesir, tidak berada di Syria dan juga Palestin. Kita masih punya senjata. DOA! Itu senjata utama kita. Jangan sekali kita perlekehkan usaha mereka-mereka yang ingin melihat Islam bangkit. Kerana kita adalah saudara mereka juga.

Kadang kala rasa hopeless. Tak sanggup melihat mereka diuji sebegitu rupa. Tapi at the same time, kagum dengan kentalnya jiwa mereka. Gagah semangat juang mereka. Allah. Berbeza dengan kita di bumi Malaysia. Pesan buat sahabat, jangan pernah lupa ikuti isu mereka yang kental ini. Perjuangan mereka adalah vitamin buat jiwa kita. Moga hammasah mereka terkesan dijiwa kita.

Jangan kita jadi lemau dengan perkara yang berkaitan dengan diri kita semata. Jangan kerana exam kita ketepikan saudara kita. Tergamak kita kata "alah, itu hal dorg la.bukan kat malaysia pun" atau "tak payah la nak sibuk sangat nak ambik tahu pasal dorg. kita kat sini pun tak settle lagi". Aduh. Kalau tunggu segalanya settle, bila kah waktunya? Mungkinkah sewaktu ajal tiba? Masih ada ke waktu untuk kita?

Jangan sampai diri menyesal. Kerana kita bekerja di jalan ini, bukan untuk dunia. Tapi adakah peluh didunia ini akan membantu kita di akhirat kelak.

Tsabbit qulubana 'ala dinik.
Allah, selamatkan mereka di Mesir, Syria dan Palestin
juga
umat Islam semuanya

Amin.

Thursday, March 7, 2013

Tanggungjawab Pun Ujian dari-Nya!

Bismillah..

Dah lama tak menulis perkembangan diri dan dunia sekeliling. Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk tulis serba sedikit tentang ibrah kehidupan.
Alhamdulillah lagi sebab Allah bagi peluang untuk rasa pengalaman as pelajar tahun dua sem 4 Fizik Gunaan.
Makin hari makin mencabar. Setiap minggu ada dugaannya yang tersendiri. Kadang-kadang hidup ni rasa macam exam pulak. Ada je problems yang perlu di solve kan oleh diri kita sendiri. Mungkin kita masih boleh merujuk mana-mana sumber. Tapi, at the end of the day, we're the only one who can only solve it.
Sebelum ni rasa diri macam dah bongkok sedikit dek beban di bahu. Kali ni macam dah nak rukuk je rasanya.. semoga beban kali ni tak menyebabkan diri tersungkur ke Bumi. Semakin hari terasa macam diri makin tak terurus. Dah listkan kerja pun rasa tak terurus lagi.. malu nak mengadu pada-Nya sebab asyik mengeluh tak henti. Malu nak minta pada-Nya lagi. Minta dilapangkan masa untuk diri. Sedangkan sahabat lain juga punya jumlah masa yang sama denganku tapi masih haybat mengharungi gelora kehidupan. Am i the only one who feel this way? Hope not. Senyum.

Terasa seperti baby penyu yang terkapai-kapai di pasir pantai mencari jalan pulang yang tidak diketahui mana arahnya. Semoga akhirnya aku juga berjaya mencari jalan ke laut dengan pertolongan Dia. Amin.

Tanggungjawab itu amanah.
Dan amanah itu cukup berat untuk dilaksanakan.

Bak firman-Nya dalam surah Al-Ahzab:72,

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan."

Sedangkan gunung yang cukup kukuh itu tidak mampu memikul tanggungjawab ini, inikan pula kita yang masih rapuh iman di dalam hati. Tapi kita masih sanggup untuk memegang amanah itu. Nampak kat situ betapa beratnya amanah ini. Macam mana kita sanggup nak lepaskan amanah itu? Nangis.

Tanggungjawab, bukan sedikit.
Belajar itu amanah utama.
Dakwah pula bukan part timer.
Ditinggal tidak dilepas lagi lah tidak.

Mungkin ini caranya Allah menguji kita dengan memberi banyak tanggungjawab yang kadang-kadang tak tertahan bahu memikul. Seakan ingin berhenti. Tapi adakah berhenti dan melepaskan segalanya boleh membuatkan hati bahagia? Sedangkan hati itu bimbang untuk melepaskan amanah.


Kadang-kadang ingin sahaja diri ini berlari kencang dan melompat terjun ke dasar ujian ini.
Ingin benar menyelami makna amanah dan tanggungjawab ini.
Supaya diri tenang memikul amanah
Supaya seimbang pelajaran dan dakwah
Supaya diri ini mahir berenang hingga ke dasar ujian
Sehingga menemui mutiara jawapan dari-Nya

Semoga sahabat memahami. Bukan ingin memegang amanah yang berat. Tapi Allah menentukan segalanya. Kita hanya mampu bersabar dalam ujian kerana ini tarbiyyah dari-Nya terus kepada kita.
Untuk menguji keimanan.
Untuk menguji ke mana kita adukan segala permasalahan.
Untuk menguji kesabaran.
dan banyak lagi tarbiyyah yang tersirat yang kita mungkin tidak nampak secara zahirnya.

Kepada Allah kita adukan segalanya.
Dari Dia juga jawapannya akan hadir kepada kita.

Kerana Allah sudah berfirman:

"..Bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya.."
surah Yusuf : 18

Dan Nabi Musa juga berkata kepada kaumnya:


"Wahai kaumku! kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)"
10:84


dan,
tiada pengharapan yang dapat kita sandarkan kecuali kepada Allah :')

Wallahu'alam

Friday, August 3, 2012

Hakikat Kehidupan



                Sebuah kehidupan itu lahir daripada tiada kepada ada seperti kelahiran seorang bayi yang pada awalnya tidak wujud tetapi selepas mengalami proses persenyawaan dan juga proses kelahiran, maka wujudlah satu kehidupan baru. Sebagaimana wujudnya alam ini, ianya wujud daripada tiada kepada ada. Walaupun kebanyakan saintis tidak menerima konsep ini iaitu konsep yang dikenali sebagai teori Bigbang, namun ianya tidak dapat diterima dek akal sekiranya saintis-saintis tersebut mengatakan bahawa alam ini adalah static dan tidak berubah. Teori steady-state ini mengatakan bahawa alam ini tidak akan berubah dan ianya telah wujud dari awal lagi. Namun begitu, teori steady-state ini telah disangkal oleh teori Bigbang yang mengatakan alam ini wujud daripada tiada, iaitu selepas berlakunya letupan besar yang kemudiannya membentuk cakerawala ini.

Apa yang menarik tentang teori ini adalah, saintis-saintis mula mengakui bahawa terdapat satu campur tangan oleh satu kuasa luar biasa yang mengawal letupan ini. Hal ini adalah kerana, secara logiknya sesebuah letupan itu bersifat memusnahkan sesuatu benda. Tetapi, letupan big bang ini bukan sahaja memusnahkan sesuatu tetapi mewujudkan sesuatu iaitu cakerawala yang ada sekarang. Seolah-olah letupan ini telah dikawal oleh satu kuasa  yang sangat teliti dan tersusun. Saintis-saintis ateis tidak mengakui bahawa wujudnya kuasa luar biasa iaitu Allah, namun mereka terpaksa mengakui bahawa adalah mustahil sesuatu benda itu wujud dengan sendiri dan ianya bukanlah satu kebetulan.

Segelintir ahli sains yang masih mempertahankan teori steady-state ini berterusan menolak teori big bang untuk tempoh masa yang agak lama. Namun, seorang saintis, George Gamow telah memberi satu pandangan mengenai teori big bang ini. Beliau mengatakan bahawa selepas berlakunya satu letupan yang besar, ruang alam semesta ini akan menerima sisa radiasi yang tersebar secara seragam di cakerawala akibat letupan tersebut. Bukti ini kemudiannya ditemui oleh dua orang saintis. Radiasi yang dinamakan sebagai ‘cosmic background radiation’ ini sangat berbeza daripada radiasi lain yang wujud di cakerawala. Ianya seakan-akan berasal dari sumber tertentu tetapi diserap oleh seluruh cakerawala dengan keseragaman yang luar biasa. Bukti ini mengesahkan bahawa letupan big bang berlaku pada permulaan pembentukan cakerawala.

Sebelum munculnya teori big bang ini, seorang saintis barat telah membuat satu pemerhatian terhadap bintang dan mendapati bahawa bintang-bintang sedang menjauhi kita secara konstan. Ini sangat tidak bertepatan dengan teori awal iaitu teori steady-state. Ini membuktikan bahawa alam ini sedang mengembang dan juga membuktikan bahawa alam ini telah diciptakan dari tiada. Ianya sangat bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

“ dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? “
(Al – Anbiya’ : 30)

Allah telah memaklumkan kepada kita mengenai teori big bang sejak awal lagi ketika mana manusia masih memiliki pengetahuan yang terhad mengenai alam semesta. Sekaligus telah menjawab persoalan yang bermain di minda kita bahawa apakah kuasa luar biasa yang mengawal kewujudan alam ini dan ternyata jawapannya adalah Allah s.w.t. Walaupun pada ketika itu belum lagi wujud teknologi canggih seperti sekarang, namun semua itu telah termaktub di dalam Al-Quran mengesahkan lagi bahawa hanya pencipta yang mengetahui mengenai ciptaannya iaitu Allah lah pencipta segala sesuatu.

Wallahu’alam.