Saturday, April 16, 2011

Self Reflection




Dalam hidup ni..kadang2 kita berada di atas.Kadang-kadang kita di bawah..Itulh lumrah kita sebagai hamba Allah.Kita ni bukan lah insan yang imannya sentiasa di atas..kadang-kadang iman kita boleh jadi macam kaca..kalau tak di teguhkan dengan amalan kita..sekelip mata je iman kita boleh pecah.

Kadang-kadang bila kita buat seseuatu kita tak rasa pun benda tu adalah satu dosa..tapi kita sebenarnya telah berjaya di pujuk rayu oleh hawa nafsu dan syaitan..kita jadi makin leka..leka dengan duniawi..hingga terlupa langsung akhirat..sampai kadang2 kita jadi makin seronok dengan dosa yang kita buat..makin kita buat..makin bertambah-tambah dosa kita..kita jadi makin jauh dengan Allah.Padahal Allahlah yang menciptakan kita..yang menjadikan kita dari setitis mani..kemudian kita dilahirkan oleh ibu kita di dunia ni.

Walaupun kita sedar hakikat tu, kita buat2 tak tahu je..sampai terasa sangat jauh dengan Allah..Kita jadi lalai dan lupa dengan asal-usul kita..Kita ni bukan nya tuan..kita hanya hamba Allah..Kenapa kita berlagak seperti tuan? Padahal kita ni langsung tak ade kuasa ape pun..Bila dah terleka..satu hari tetap akan terdetik dalam hati kita..Sape kita ni sebenarnya? Kenapa teruk sangat ni? Kenapa makin jauh dengan Allah? Tak kan kita dah lupa dengan pencipta kita? Ya Allah..Hati setiap hari menangis..Padahal hawa nafsu sedang ketawa..

Bila sujud kepadanya..hati rasa terpujuk..mata basah memikirkan dosa2 yang telah dibuat..Ya Allah..Kami lupa..Kami cuma insan yang langsung tak berdaya..Hanya Engkau tempat kami mengadu..sebab Engkau je yang tahu apa yang ada dalam hati kami..

Tiba2 telintas lirik lagu ni..

"Ku kesali kealpaan diriku..Ku tangisi kesilapan lalu..Walaupun sekali tak kan ku ulangi..Ya Allah Tuhanku, bantulah hambaMu..jangan biarkan diriku terus di belenggu..Ampuni dosaku..Terangi hatiku..Izinkan ku kembali kedalam redaMu..Tiada lain yang ku harap hanya kasih sayangMu Tuhan..Membawaku ke rimbun keampunan.."

Air mata makin menitis..menangisi dosa2 lalu yang tak mahu kita ulangi lagi..Moga Allah teguhkan hati kita...








p/s: terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat yang memahami diri ni..

n kpd sahabat yang sentiasa memujuk n memberi nasihat n semngat..

thanks a lot sebab snggup dgr mslh saya walaupun tgh2 mlm!

Moga persahabatan kita kekal walaupun berjauhan..huhu

Doakan sy..nak final dah ni..