Sunday, October 17, 2010

Hmm..

Sayangi sahabat kerana Allah..
Aku cuba memahami phrase ini.tapi aku masih memerlukan jawapan.Ya..aku sayangkan sahabat-sahabat tapi aku tidak tahu adakah rasa ini adalah lillahi Taala? Adakah sahabat sejati memberi dorongan dan sokongan tatkala diri ini dilanda tsunami dan dugaan? Aku masih mencari makna sebuah persahabatan sejati..atau..adakah sahabat sejati adalah orang yang hanya mendekati kita diwaktu memerlukan kita sahaja?Entah..
Dalam kesibukan mempersiapkan diri dengan final yang makin menghampiri dan MUET yang sedang mengejar ku..Terkadang rasa ingin berhenti di tengah-tengah lautan namun bimbang karam di dasar laut. Letih rasanya mengeksplor dunia yang dipenuhi dengan buih-buih manusia. Terkadang hati ini memujuk. Akal yang waras mendorongku meneruskan langkah ini.
Tatkala jari jemari ini menekan keyboard..aku terbelek sepotong ayat yang tercalit dalam buku nota ku..

"dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang yang beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan sehingga Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu"
Muhammad:31

Ya Allah..betapa alpanya aku.Aku lupa bahawa setiap peristiwa ada hikmahnya dan Allah cuba menguji ku melalui peristiwa ini.Betapa berdosanya diri ini..Terasa jauh diriku dengan Mu.
Kadang-kadang..eh,bukan.Ujian memang menguatkan kita. Tak kisah betapa besar halangan yang dilalui,betapa berat ujian yang menimpa, halangan ini akan dapat dihadapi jika selalu ingat kepada yang Maha Esa.Ujian menambah kesabaran,memantapkan keimanan dan diri..

Ya Allah masukkanlah aku dalam golongan yang berjuang dan golongan orang-orang yang sabar..Amin


*saya dah update blog..bulat.bukan senang nak dapat line kat sini.he2*