Sayangi sahabat kerana Allah..
Aku cuba memahami phrase ini.tapi aku masih memerlukan jawapan.Ya..aku sayangkan sahabat-sahabat tapi aku tidak tahu adakah rasa ini adalah lillahi Taala? Adakah sahabat sejati memberi dorongan dan sokongan tatkala diri ini dilanda tsunami dan dugaan? Aku masih mencari makna sebuah persahabatan sejati..atau..adakah sahabat sejati adalah orang yang hanya mendekati kita diwaktu memerlukan kita sahaja?Entah..
Dalam kesibukan mempersiapkan diri dengan final yang makin menghampiri dan MUET yang sedang mengejar ku..Terkadang rasa ingin berhenti di tengah-tengah lautan namun bimbang karam di dasar laut. Letih rasanya mengeksplor dunia yang dipenuhi dengan buih-buih manusia. Terkadang hati ini memujuk. Akal yang waras mendorongku meneruskan langkah ini.
Tatkala jari jemari ini menekan keyboard..aku terbelek sepotong ayat yang tercalit dalam buku nota ku..
"dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang yang beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan sehingga Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu"
Muhammad:31
Ya Allah..betapa alpanya aku.Aku lupa bahawa setiap peristiwa ada hikmahnya dan Allah cuba menguji ku melalui peristiwa ini.Betapa berdosanya diri ini..Terasa jauh diriku dengan Mu.
Kadang-kadang..eh,bukan.Ujian memang menguatkan kita. Tak kisah betapa besar halangan yang dilalui,betapa berat ujian yang menimpa, halangan ini akan dapat dihadapi jika selalu ingat kepada yang Maha Esa.Ujian menambah kesabaran,memantapkan keimanan dan diri..
Ya Allah masukkanlah aku dalam golongan yang berjuang dan golongan orang-orang yang sabar..Amin
*saya dah update blog..bulat.bukan senang nak dapat line kat sini.he2*
Hello world!
5 years ago
2 コメント:
"Terkadang rasa ingin berhenti di tengah-tengah lautan namun bimbang karam di dasar laut. Letih rasanya mengeksplor dunia yang dipenuhi dengan buih-buih manusia"
wah~ ganas molek ayat leper, haha
debo bulat, ingat nak wat mende gi tgh laut tadi, kalau nk gi berenang rase nk marah gak bakpe x ajak org,haha
Awak sabar byk2....Fasobrun jameel...sabar itulah yg terbaik...Allah uji awak melalui sahabat...dari situ kita akan dapat lihat yg mana satu sahabat sejati tulus dlm ukhuwah krn Allah...melalui ni pun dh nampak Allah syg...
Andai kata dkt dunia ni kita xde sape2 pun...yg pasti Allah tetap ada dgn kita....Allah ma'aki....Allah ma'ana ya ukhti...jgn bimbang...la tahzani....
bulat sentiasa syg leper...
bulat sentiasa di sisi leper...
*syahdu pula rasanya =(...rindu kwn2 kita sume, leper...*
lain kali kita wat pecah rekod sekali agi gayut dekat 2 jam....haha
teruk prangai...awak je...sya baik...*kelip2 mata*
tiba-tiba je keluar ayat tu..hahaha
lain kali pecah rekod 3jam plok r..hahaha
Post a Comment