بسم الله الرحمن الرحيم
Masa awal2 masuk degree, ada senior yg mngutarakan isu mahasiswa/i sekarang lemah. apa yang lemah sebenarnya? riuh satu stadium nilai yg penuh dgn student 1st year. tidak setuju mungkin. perdebatan brlangsung antara junior n senior. isinya dah lupa sbb dh lama dh orientasi tu.
Kata pak cik einstein, everything is relative. betul k pak cik? sbnrny teori relativity ni simple je. semua pndapat dlm dunia ni ada kebenarannya brgantung kpd mcm mn cara kita melihat ssuatu benda. kalau nak kaitkan dgn isu mahasiswa/i tu lemah, sbnrny mcm2 pndapat blh diterima. senior ckp mahasiswa/i ni lemah kerana mereka melihat keadaan student 1st year yg selalu mngantuk n trangguk-angguk waktu ceramah time orientasi. junior plak xsetuju yg kami adalah lemah. bg kami, bila dah sehari suntuk duk tercongok atas kerusi tambah pulak aircond yg sejuk yg amat..mestilah mnyebabkan mngantuk tp xbermakna kami ini lemah. hmm.. pndapat senior n junior ni dua2 betol. senior xrasa apa yg junior rasa sbb tu dia ckp mcm tu..fhm k?xpe lah..lupakan.kalu dah faham, bagus2.dpt 5 markah. :P
pak cik Einstein yg excited dgn teori2 nya
kata pak cik ni lagi, E=mc^2 .iaitu ssuatu tenaga bergantung pada saiz dan kelajuan yg digandakan. kalau kita nak tenaga yg banyak, kita kena increasekan saiz atau kelajuan atau kedua-duanya sekali.
formula ni sama je dgn konsep kita as muslim. tenaga itu datangnya dari Allah. Allah yg bg kita kekuatan. menurut Islam, mass kita itu bukanlah pada besar atau keciknya saiz badan kita tapi ianya adalah saiz iman dan ilmu kita. bermakna m=(iman+ilmu). so hypothesisnya adalah,
semakin besar iman+ilmu, semakin banyak kekuatan or tenaga yg kita dapat.
ingat tak firman Allah dalam surah al-Mujadalah:11, Allah berfirman bahawa Dia akan meninggikan org2 yg beriman n berilmu bbrapa darjat
"Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Untuk c^2 ataupun kelajuan, diukur dengan kelajuan kita untuk berbuat kebaikan. fastabiqul khairat. kuasa dua disitu bermaksud kita kena gandakan usaha kita untuk berbuat kebaikan
Allah sebut dlm AQ,
"Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain," (QS Al Insyirah : 7)
Allah tak cakap kalau kita selesai satu perkara, kita kena rehat-rehat goyang kaki tengok movie. tapi buat lah kerja yang lain dgn bersungguh-sungguh. kita kan muslim yg belajar, kalau rasa tak kuat, rasa lemah, putus asa, ingat formula ni:
Kekuatan = (ilmu + iman) . (kebajikan)
Semakin tinggi ilmu, iman dan amal kebajikan, semakin banyak kekuatan yang kita dapat.
So, jom sama-sama kita tingkatkan ilmu,iman dan amal kebajikan kita ^ ^
Wallahualam..