Monday, June 4, 2012

Mencari Erti Hidup


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang untuk teruskan kehidupan. Masih membenarkan diri ini menghirup oxygen. Masih memberi peluang untuk aku bertaubat atas dosa-dosa yang aku lakukan. Alhamdulillah lagi. Dah lama rasanya tak menulis. Mungkin akibat kekeringan idea kot. Minggu ni dah start study week. Semua kawan-kawan dah bertungkus lumus berperang dengan buku masing-masing, dan aku? Aku masih belum panaskan engine lagi. Banyak lagi yang belum ku cover untuk subjek sem ni. Tak pe, tak perlu kalut sangat.. (erk?) Semoga Allah permudahkan segala urusan dan moga Allah memberkati setiap usaha aku dan kawan-kawan untuk final ni. Amin

Sekarang dah 5 Jun 2012. Kiranya sudah hampir 20 tahun aku berada di muka bumi Allah ini. Masa ku kini sudah hampir suntuk, kematian tu bila-bila masa sahaja. Tak siapa boleh duga. Tapi, sepanjang kehidupanku ini aku masih mencari erti hidup aku yang sebenar-benarnya. Aku lihat sekeliling, kawan-kawanku kebanyakannya semua minat kpop, citer korea dll. Aku lihat diriku pula, aku pun lebih kurang juga. Cuma aku hanya suka biasa-biasa saja. Tak salah nak menonton tapi ada batasannya juga. Aku lihat lagi sekeliling ku, aku di kelilingi kawan yang ramai. Ada yang suka outing, ada yang suka tengok wayang, ada yang suka berkaraoke, ada yang tudung labuh, ada yang tudung tak labuh. Pendek kata, macam-macam lah. Semuanya berbeza perwatakan tapi tujuan kami tetap sama, nak dapatkan ijazah kat USIM. Tapi tu je ke tujuan kita?
S: Kenapa kita nak dapat ijazah?
A: Mesti la sebab nak kerja nanti.. kalau ada degree senang dapat kerja.
S: Kenapa nak dapat kerja?
A: Sebab nak dapat duit
S: Kenapa nak dapat duit? Nak wat apa duit tu?
A: Ape punya soalan la.. sekarang kan semuanya nak kena guna duit. Kalau tak macam mana nak makan. Kalau dapat duit, nanti kita kaya.
S: Kenapa nak kaya?
A: Dah kaya nanti kita dapat la apa benda yang kita nak. Boleh gi melancong. Boleh beli macam-macam
S: Nak buat apa benda tu semua?
A: Nak buat apa? kalau kita dapat semua tu, baru lah puas hati
S:     .  .  .  .

Hati manusia tak kan pernah puas. Selagi kita tak dapat apa yang kita nak, hati kita tak kan rasa puas. Tapi, bila kita dah dapat apa yang kita nak, kita mula akan rasa apa yang kita dapat tu tak cukup. Pernahkah kita bersyukur jika kita diberi duit sebanyak RM 2? Adakah lafaz alhamdulillah yang keluar dari mulut kita? atau "RM2 je?". Hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Berbalik pada tujuan kita, cuba belek Al-Quran kat atas meja tu, pastu buka surah Az-Zariyat ayat 56:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku.."
Az-Zariyat: 56


Kenapa kita masih tercari-cari makna hidup kita? Sedangkan Allah dah beri jawapan dalam kitab suci Al-Quran. Jawapan Allah kepada kita tentang tujuan dan makna kehidupan kita ternyata dah terang lagi jelas. Makna kehidupan kita adalah sebagai hamba Allah dan juga khalifah di muka bumi ini. Jadi, tujuan kita berada di planet bumi ni adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada-Nya. Juga, amar ma'ruf dan nahi mungkar. Beribadah tu, bukan lah rigid kepada solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Makna ibadah itu sangat-sangat luas. Setiap apa je kita lakukan sekiranya di niatkan kerana Allah maka ia menjadi ibadah. Senangnya nak beribadat kan? Pahala pun senang jugak dapat.. tapi ye la, kita ni selalu je lupa nak niatkan kerana Allah kan?

Ha, sekarang kita dah tahu dah apa erti hidup kita. So, jom lah kita liquid balik setiap kesalah yang kita pernah lakukan. Kalau kita silap naik train, cepat-cepat lah kita turun di perhentian taubat. Pintu taubat itu selalu terbuka untuk kita. Jangan tunggu dan tangguh taubat tu, takut-takut nanti nyawa kita ditarik dulu. Kita betulkan balik niat kita, kenapa kita belajar dan untuk siapa sebenarnya. Jangan lupa tu.

Special untuk kawan-kawan Applied Physics, Islamic Science University of Malaysia, buat yang terbaik dalam final kali ni. Moga Allah redho dengan setiap usaha kita. Jadi yang terbaik untuk Islam dan umat Islam. Bittaufiq wan najah.


Jadikan dirimu umpama pohon yang rendang
di mana insan dapat berteduh
Jangan seperti pohon kering
tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api