Thursday, July 8, 2010

Newton Third Law and.... today

Hari ni baru dapat aplikasi kan law ni. Law ni ada sebut tentang setiap perbuatan tu akan ada reaction or tindak balas. Betul kan kalau salah.

Handphone hilang tadi. Tercicir dalam bas. Mula-mula tak sedar langsung handphone tak ade dalam poket. Sampai dekat bilik nak baring-baring and baru je buka laptop. Terdetik kat hati nak mesej Zahidah ajak makan kat luar. Pastu cari la dalam poket. Tak de. Cari dalam jaket. Tak de. Ya Allah kat mana aku letak ni? Cari lagi dalam beg. Tak jumpa jugak. Cam mana ni? Mintak housemate tlg call tp xdengar ape2 pun.

Masa tu aku dah yakin handphone tercicir dalam bas. Cam mn nak buat? Num plate bas xtau. Rasa cam nak nangis pun ade. Benda penting boleh hilang. Aku terus capai tudung and stokin pergi rumah kawan. Alhamdulillah ada beberapa orang pak cik bas kat situ. Pergi la dekat pak cik tu. Aku cume ingat dekat bas tu ade perkataan Restu Emak Bapak. Pak cik tu cakap bas maybe ada n maybe dh xde. Dalam hati asyik berdoa je minta permudahkan segala urusan. Pak cik tu mintak num kawan yang ikut temankan.

Masa tu dah sangat lewat. Around 6 pm dekat2 nak pukul 7. Mandi tak lagi. Still pakai baju pergi kampus sebab balik lewat. Aku pun menunggu bas kat tepi tasik. Dalam fikiran asyik duk fikir nak buat cam mana ni? Macam mn kalau handphone betul2 hilang? Habis la semua num dalam handphone.. Tak kan nak beli handphone baru? Duit dah nak habis. Macam-macam benda yang terlintas kat fikiran. Tapi aku hanya mampu berdoa. Around 7.10 pm baru aku masuk bilik

Lepas solat maghrib, aku pergi rumah kawan untuk ajak makan malam same2. Pastu dia cakap, "Mar, ada berita baik!"
Aku pun cam dah boleh agak. Handphone aku dah jumpa! Alhamdulillah. Pak cik bas tu tolong cari kan n hantar kan kat asrama. Walaupun Pak cik tu guna kredit aku untuk call kawan aku tu, aku sangat2 bersyukur sebab pak cik and kawan aku tu dah banyak tolong aku hari ni.
Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.

Apa kaitan Newton Third Law dengan cerita ni?
Bagi aku law ni sangat berkaitan sebab aku ada buat salah dengan seseorang hari ni and aku still tak berpeluang nak minta maaf secara formal. Aku rasa sangat bersalah sebab apa yang aku buat mungkin menyakiti hati dia walaupun dia tak cakap.

So, ambik la pengajaran dan muhasabah lah diri kita selagi kita masih diberi peluang untuk menghirup oxygen yang kita dapat free ni. Hari ini mengajar aku untuk lebih berhati-hati sama ada dalam aktiviti harian aku mahupun menjaga perasaan seseorang.

Kita tak mampu nak menyelami hati seseorang tapi bila perbuatan kita menyakiti hatinya, akan memberi kesan kepada diri kita and sekeliling kita

--Dah habis merapu. Semoga hari ini lebih baik dari semalam n semoga esok lebih baik dari hari ini.Amin..--

Sunday, July 4, 2010

One Month Later

tangga menuju ke langit


Dah lama tak update blog. Walaupun dah lebih sebulan aku melangkah sebelah kaki di 'you as i am' (USIM). Life as tamhidi student is tiring..compare to school life. Letih..
Aku ambk 7 subjek, which is:
-English
-Arabic
-Quranic Hadith
-Biology
-Physics
-Chemistry
-Mathematics

Tiap minggu ada test. Minggu ni ada quiz Bio, Math and Physics. Alhamdulillah Physics tunda next week.
Selama sebulan aku duk kt sini, first time aku excersice. Akibatnya, abdomen muscle and muscle kaki aku cramp. Lepas jogging, aku dengan housemate naik kete makan roti canai dekat2 ng UIA. Then, aku pergi main2 kat pavillion USIM. Sume excited..Tak de org pun dekat pavillion tu..kitorang main spuas hati..








Sekarang ni akak2 degree dah masuk. Mesti perjuangan rebut bas makin sengit.Huhu
Minggu lepas ada budak laki xdapat pergi solat Jumaat kat Masjid Nilai disebabkan sifat tidak bertimbang rasa segelintir budak pompuan yang hanya fikir nak balik je. Sampaikan ada budak2 laki yang kena jalan kaki dari USIM ke masjid. Alhamdulillah aku tak termasuk dalam golongan tu. So, kepada budak2 pompuan brkenaan kena la consider budak laki nak g masjid. Ish3..
macam pelik je post kali ni..xpe la.at least ak update kan blog.


kepada B2, sila update blog anda..memandangkan saya dah lama x jumpa awak.huhu