Sunday, January 9, 2011

Nikmat Kesedihan & Nikmat Kegembiraan


Sebagai manusia, kita tak akan lari dari perasaan sedih.Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan,dihina,diejek atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka. Baru-baru ni hampir separuh pelajar Tamhidi USIM mendapat elaun yg diberi oleh KPT. Aku adalah salah seorang yang masih belum mendapat elaun. Ala..setakat elaun pun nak kecoh kan? Dulu,sebagai budak sekolah, aku tak pernah pun risau pasal duit.Duit belanja pulak dah lebih dari cukup.Makanan kat rumah pulak, umi or org lain yg masak.Bila dah meningkat usia,dah melangkah sebelah kaki di bumi USIM, semuanya kena fikir sendiri.Nak makan apa,macam mana.Tiap hari bimbang duit habis.Nak mintak duit dengan umi n abah cam x sanggup pulak.Alhamdulillah,sampai sekarang aku masih belum mintak umi or abah masukkan duit.Bermulanya sem baru,semuanya nak pakai duit.Yuran xbayar lagi..elaun tak masuk lagi.Nak fikir pasal kuiz lagi.Homework lagi..pendek kata,macam2 nak kena fikir.Sememangnya menjadi dewasa ini banyak cabarannya.
Hari tu,kawan2 cakap sape yang xdapat elaun lagi, ambik cek kat Pusat Tamhidi.Dengan semangatnya, aku n kawan2 pergi.Cari2 nama kat senarai nama,tak de.Eh?kenapa tak de?Semua kawan2 lain dapat.Sedihnya..cam mana nak makan nnti?cam mana nak bayar yuran n duit buku?Alamak..Mencari kekuatan untuk terima kenyataan tak dapat elaun.Kekeke.cam lawak je
Pastu pak cik kat Pusat Tamhidi cakap pergi kat Jabatan Bendahari.Masa break, terus pergi canselori.Murni teman.(Thanks Murni!Nanti sy belanja makan.Lepas dpt elaun la)
Sampai canselori, akak tu mintak kad matrik.Tunggu punya la lama sampai tak sempat nak makan.Akak tu datang cakap "Komputer tak detect nama adik la.Cam ni, tinggal nama,num matrik n num phone.Nanti akak call"
Lepas tu terus rushing ke kelas Physics.
Abis je kuliah n kelas, orang ramai2 bising pasal result MUET.
Balik hostel, tanya budak rumah,masing2 belum cek lagi..semua cam cuak je.Pastu semua orang pergi ke komputer masing2 tapi connection lambat.So, terpaksa la pakai broadband.Housemate cek dulu,baru aku cek.Mulanya tak rasa apa2..tapi terpandang ayat yang terpapar kat destop laptop ku..
"If you are grateful, i will add more favors onto you, but if you show ingratitude, my punishment is terrible indeed" Ibrahim:7
Hati tak berhenti berdoa..moga dipermudahkan segala urusan
Lepas masuk num ic, tekan submit. Baru mula rasa debaran tu.
Mata cam tak percaya je bila tengok page tu.Ya Allah! Alhamdulillah! Band achieved:4
Aku tersenyap depan laptop sampai ada housemate yang datang intai n buat pengumuman dalam rumah..Ya Allah.Aku try cek lagi sekali n resultnya tetap sama.Alhamdulillah.Call umi tapi umi tengah usrah.Sempat cakap sekejap je



Hati dah tenang.Allah dah bagi satu nikmat lepas kesedihan pasal kesempitan duit.Betullah..kegembiraan yang datang lepas kesusahan memang sangat nikmat.Rasa cam syahdu je hari tu.Alhamdulillah!
So, ibrah yg ak dpt hari tu,jgn lah kita lupa untuk bersyukur kpdNya.Kita curi la masa kita sekejap untuk kita fikir n renungkan nikmat yang dah Allah anugerahkan kat kita.Sungguh! kita sebagai hambaNya yang lemah, kena sentiasa bersyukur.

1 コメント:

:: Zahratu Billaurah :: said...

Assalamualaikum...
leper....~!!!
saya rindu ngat awak...=(
saya tunggu post awak...lama awak x post....
rindu3...

kesusahan dtg bersama-sama kesenangan...=)