Saturday, May 19, 2012

Cerita Hati Kita

Bismillahirrahmanirrahim..

bila hati dah berbunga-bunga


Cinta itu cahaya sanubari kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta di situ rindu bermula..

Dulu selalu je nyanyi lagu ni zaman kecik-kecik. Betul la, cinta tu adalah satu fitrah. Allah kurniakan cinta kepada semua manusia. Mustahil bagi seorang manusia untuk tidak punya cinta di hatinya. Seorang ibu cintakan anaknya, seorang isteri cintakan suaminya, seorang kawan cintakan kawannya, dan banyak lagi cinta ni. Yang paling penting, cinta Allah dan Rasulullah. Kalau tak ada cinta ni, tak wujudlah kita sekarang ni.. Indahnya cinta Allah mengatasi cinta makhluk sesama makhluk. Cuba kita fikirkan, dalam banyak-banyak sperma yang ada, hanya satu je yang Allah pilih untuk bersenyawa dengan ovum. Ya Allah, tak terfikir dek akal. Kita lah orang yang terpilih itu. Dengan kasih sayang Dia, kita hidup. Dengan kasih sayang Dia jugak, kita sedang menghirup oksigen yang Dia bagi percuma.

Kenapa ek post kali ni pasal cinta ya? Sebelum ni tak pernah pun berbicara tentang hati, hari ni tiba-tiba terbuka pulak nak share sumting buat kawan-kawan yang hatinya sedang menari-nari di taman bunga (erk?). Hormon sedang bertindak balas la tu. Apa-apa pun, kawan-kawan kena faham cinta tu sebenarnya apa. Bukan cinta berlainan jantina je yang ada kat dalam dunia ni. Saya tak menolak fitrah tu. Saya sendiri punya hati dan perasaan (cewaah. geli plak) tapi perasaan itu perlu di letakkan satu penghadang.
Ok lah, sebenarnya nak bagi tahu yang cinta ni sebenarnya datang dari pencipta kita. Siapa tu? Mestilah Allah! So, kalau cinta tu datang dari Dia, siapa sebenarnya yang layak kita cintai? faham ke persoalan ni? mesti lah Allah jugak! So kita dah tau la kan sape yang sepatutnya lebih tinggi kedudukannya dalam hati kita? Meh kita listkan carta hati kita jom..

1. Allah
2. Rasulullah
3. Umi dan Abah
4. Adik beradik
5. Kawan-kawan
selebihnya terpulang pada diri masing2 la untuk tentukan kedudukan ye. Dulu pernah di tanya oleh seorang sahabat, kapel ni haram ke? (erk, kenapa tanya saya?) tak pe lah. meh saya jawapkan ye..
Cinta tu tidak salah dan kapel tu tak haram lah. eh2, tak habis lagi ayat tu.. tak haram kalu dah kawin ye! sekali lagi dah kawin. so, fikir-fikir lah sendiri. Kita kan dah besar dan punya akal fikiran yang sihat. Allah tak kan haramkan sesuatu benda kalu tak de sebab kan? Allah nak kita jaga hati kita untuk seseorang (geli plak citer pasal bnda2 cm ni. tapi tu la hakikatnya). So bagi kawan-kawan yang sedang berbunga-bunga hatinya tu, fikir-fikirkan priority cinta dalam hidup kita. Cinta itu fitrah dan kita lah yang kena jaga fitrah tu.

Saya tak suka nak berfikir pasal jodoh-jodoh ni bukan apa, ingat tak apa perkara yang Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi? antaranya jodoh, hidup dan mati serta rezeki kan? Kadang-kadang saya terfikir juga, kenapa kita nak sibuk sangat fikir pasal jodoh ni, padahal Allah dah tentukan semuanya untuk kita. Eh, usaha tu perlu juga. Memang la tapi bukan usaha untuk mendapatkan jodoh melalui cinta b4 kawin kan? Satu lagi benda yang selalu bermain di fikiran saya, kita duk sibuk fikir pasal jodoh, tapi kita tak terfikir pun pasal kematian. Dush. Macam mana kalu nyawa kita ditarik dulu sebelum kita dapat mendirikan masjid? Dah cukup banyak ke persiapan kita ye? So kawan-kawan, adalah lebih baik dan afdhal sekiranya kita persiapkan diri untuk melangkah ke alam barzakh dulu.. mati ni kita tak tau masa dan ketikanya. kan?
Kawan-kawan ingat tak ayat ni:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Kita semua akan bertemu dengan Allah. Cuma kita tak tau masa dan ketikanya. Konklusinya, buat masa sekarang ni kita kurangkan kontrovesi cinta, kita tingkatkan dulu prestasi amal kita supaya pengakhiran hidup kita adalah husnul khotimah.. amin

wallahu 'alam

Saturday, May 5, 2012

Tarbiyyah Dari Broga

di puncak Broga

Alhamdulillah summa alhamdulillah..Tak terucap dengan kata-kata tatkala tiba di puncak Broga. Betullah apa yang Allah cakap, disebalik setiap kesusahan tu mesti ada kesenangan. Tapi kalau nak dapatkan kesenangan tu, kita kena dan mesti menghadapi kesusahan. Perjalanan singkat ini adalah satu tarbiyyah untuk diriku. Kenapa aku cakap macam tu? Hrmm..

Perjalanan ke Bukit Broga ni adalah sempena untuk mengikat silaturrahim between Applied Physics 4th batch. Kami bertolak dalam pukul 4 pagi jugak sebab perancangan kami adalah untuk Subuh di puncak. Pada awalnya, ku rasakan ni adalah cabaran untuk diriku yang juga adalah first timer dalam bidang mendaki bukit ni. Awal-awal penat juga tapi ku kuatkan kaki yang dah mula menggigil semasa mendaki. Suasana sekeliling gelap gelita kerana cahaya bulan dilindungi oleh pokok-pokok. Kami mendaki dengan hanya bersuluhkan lampu suluh dan lampu handphone masing-masing. Kadang-kadang kaki tergelincir, kadang-kadang terpijak lecah namun semua tu tak menjadi satu halangan bagi kami. Mungkin kalau nak dibandingkan dengan kehidupan seharian kita, kita sentiasa berjalan dalam keadaan tersuluh. Kita nampak dunia sekeliling kita. Terang. Nyata lagi. Tapi dalam keadaan cerah itu kita masih terjatuh, kita masih terlanggar tiang lampu. Ya, itu adalah salah kita sendiri. Kalau nak dibandingkan, berjalan dalam kegelapan itu lebih sukar daripada berjalan dalam kecerahan kan? Tapi, perasan tak kita.. dalam kegelapan itu kita menjadi lebih berhati-hati dalam mengatur langkah. Dalam kecerahan pula, kita jadi terlupa. Kerana kita sangka mustahil untuk kita jatuh sebab ada cahaya yang menyuluh laluan kita. Jadi dalam apa pun langkah kita or tindakan kita, kita kena sentiasa berhati-hati. Walaupun langkah itu di suluh cahaya spot light sekali pun, berjalanlah di muka bumi Allah ini dengan rasa rendah diri supaya hati ini sentiasa terjaga dari sikap riak dan sombong serta bongkak.

Dalam perjalanan menuju puncak, terkadang ada bisikan yang mengganggu fikiran. Ada satu suara berbisik aku ni lemah, penat. Aku dah tak larat, aku nak berhenti. Tapi dalam masa yang sama, ada satu bisikan lain yang memujuk aku meneruskan perjalanan. Ah, pantang berhenti selagi belum selesai. Aku kuatkan hati gagahkan kaki. Dalam hidup kita, selalu je ada bisikan-bisikan yang mengganggu kita. Yang mampu menjadikan kita futur di jalan dakwah ini. Bisikan-bisikan itu tidak akan berhenti selagi kita tidak melawannya. Syaitan-syaitan bertepuk tampar melihat kita tewas, melihat kita futur. Astaghfirullah.. susah nak melawan kehendak perosak manusia ini. Ada je masa nak menyelit membisikkan sesuatu yang tidak baik. Tapi kita kena kuatkan hati. Kebalkan hati dan pasang security dalam hati kita dari bisikan-bisikan ini. Menyibukkan diri dengan kerja-kerja berfaedah pun salah satu cara nak kita elakkan dari futur.

Tiba di puncak, alhamdulillah. Syukur sangat-sangat aku berpeluang dapat pengalaman ni. Alhamdulillah juga kerana jantung masih berdenyut mengepam darah. Ramai chinese kat puncak, kami mencari port untuk solat subuh kerana sudah jam 6.30 pagi. Kami menghampar tikar dan terus solat di situ. Ya Allah, nikmatnya solat subuh waktu tu. Angin sepoi-sepoi berbahasa seakan menyambut kami di puncak. Ku panjatkan kesyukuran kepada Pencipta Alam Semesta ini. Selesai membaca mathurat, matahari terbit. Subhanallah, indahnya alam ciptaan Dia. Aku melihat langit, indahnya tergantung tanpa tiang. Satu keajaiban yang kadangkala dilupai oleh manusia. Aku melihat ke bawah gunung, tingginya gunung ini menampakkan semua di sekelilingnya. Betapa banyaknya tanda-tanda kekuasaan Dia yang aku dapat lihat hari tu. Alhamdulillah lagi.. terserlah lagi kekuasaanNya. Betapa bijaksananya Dia menciptakan segalanya teratur lagi tersusun..

Alhamdulillah