Saturday, May 5, 2012

Tarbiyyah Dari Broga

di puncak Broga

Alhamdulillah summa alhamdulillah..Tak terucap dengan kata-kata tatkala tiba di puncak Broga. Betullah apa yang Allah cakap, disebalik setiap kesusahan tu mesti ada kesenangan. Tapi kalau nak dapatkan kesenangan tu, kita kena dan mesti menghadapi kesusahan. Perjalanan singkat ini adalah satu tarbiyyah untuk diriku. Kenapa aku cakap macam tu? Hrmm..

Perjalanan ke Bukit Broga ni adalah sempena untuk mengikat silaturrahim between Applied Physics 4th batch. Kami bertolak dalam pukul 4 pagi jugak sebab perancangan kami adalah untuk Subuh di puncak. Pada awalnya, ku rasakan ni adalah cabaran untuk diriku yang juga adalah first timer dalam bidang mendaki bukit ni. Awal-awal penat juga tapi ku kuatkan kaki yang dah mula menggigil semasa mendaki. Suasana sekeliling gelap gelita kerana cahaya bulan dilindungi oleh pokok-pokok. Kami mendaki dengan hanya bersuluhkan lampu suluh dan lampu handphone masing-masing. Kadang-kadang kaki tergelincir, kadang-kadang terpijak lecah namun semua tu tak menjadi satu halangan bagi kami. Mungkin kalau nak dibandingkan dengan kehidupan seharian kita, kita sentiasa berjalan dalam keadaan tersuluh. Kita nampak dunia sekeliling kita. Terang. Nyata lagi. Tapi dalam keadaan cerah itu kita masih terjatuh, kita masih terlanggar tiang lampu. Ya, itu adalah salah kita sendiri. Kalau nak dibandingkan, berjalan dalam kegelapan itu lebih sukar daripada berjalan dalam kecerahan kan? Tapi, perasan tak kita.. dalam kegelapan itu kita menjadi lebih berhati-hati dalam mengatur langkah. Dalam kecerahan pula, kita jadi terlupa. Kerana kita sangka mustahil untuk kita jatuh sebab ada cahaya yang menyuluh laluan kita. Jadi dalam apa pun langkah kita or tindakan kita, kita kena sentiasa berhati-hati. Walaupun langkah itu di suluh cahaya spot light sekali pun, berjalanlah di muka bumi Allah ini dengan rasa rendah diri supaya hati ini sentiasa terjaga dari sikap riak dan sombong serta bongkak.

Dalam perjalanan menuju puncak, terkadang ada bisikan yang mengganggu fikiran. Ada satu suara berbisik aku ni lemah, penat. Aku dah tak larat, aku nak berhenti. Tapi dalam masa yang sama, ada satu bisikan lain yang memujuk aku meneruskan perjalanan. Ah, pantang berhenti selagi belum selesai. Aku kuatkan hati gagahkan kaki. Dalam hidup kita, selalu je ada bisikan-bisikan yang mengganggu kita. Yang mampu menjadikan kita futur di jalan dakwah ini. Bisikan-bisikan itu tidak akan berhenti selagi kita tidak melawannya. Syaitan-syaitan bertepuk tampar melihat kita tewas, melihat kita futur. Astaghfirullah.. susah nak melawan kehendak perosak manusia ini. Ada je masa nak menyelit membisikkan sesuatu yang tidak baik. Tapi kita kena kuatkan hati. Kebalkan hati dan pasang security dalam hati kita dari bisikan-bisikan ini. Menyibukkan diri dengan kerja-kerja berfaedah pun salah satu cara nak kita elakkan dari futur.

Tiba di puncak, alhamdulillah. Syukur sangat-sangat aku berpeluang dapat pengalaman ni. Alhamdulillah juga kerana jantung masih berdenyut mengepam darah. Ramai chinese kat puncak, kami mencari port untuk solat subuh kerana sudah jam 6.30 pagi. Kami menghampar tikar dan terus solat di situ. Ya Allah, nikmatnya solat subuh waktu tu. Angin sepoi-sepoi berbahasa seakan menyambut kami di puncak. Ku panjatkan kesyukuran kepada Pencipta Alam Semesta ini. Selesai membaca mathurat, matahari terbit. Subhanallah, indahnya alam ciptaan Dia. Aku melihat langit, indahnya tergantung tanpa tiang. Satu keajaiban yang kadangkala dilupai oleh manusia. Aku melihat ke bawah gunung, tingginya gunung ini menampakkan semua di sekelilingnya. Betapa banyaknya tanda-tanda kekuasaan Dia yang aku dapat lihat hari tu. Alhamdulillah lagi.. terserlah lagi kekuasaanNya. Betapa bijaksananya Dia menciptakan segalanya teratur lagi tersusun..

Alhamdulillah

0 コメント: