Bismillahirrahmanirrahim..
Genap seminggu arwah tinggalkan kami. Seolah-olah masih tidak dapat percaya dengan khabar dari mereka. Terkejut. Terpegun seketika. Tak pernah terlintas dia akan pergi dulu. Tak pernah terlintas aku tak akan jumpa dia lagi. Sebak setiap kali teringat dia. Moga roh dia bersama orang-orang beriman.
Akhir-akhir ni selalu dengar berita kematian. Pemergian arwah banyak mengingatkan aku kepada kematian. Mungkin selama ni aku terlupa bahawa mati itu bila-bila masa sahaja, hanya Dia yang tahu akan tarikhnya. Mungkin hari ni, esok, anytime je. Bila Dia kata "kun, fayakun". Jadi, maka jadilah. Bila kita sibuk dengan urusan dunia, berhentilah seketika. Ambik masa n lihat sekeliling kita. Ramai yang dah pergi menghadap Dia. Moga-moga dengan permergian mereka mengingatkan kita kepada kematian. Ketahuilah bahawa mati itu pasti dan orang yang mengingati mati itu adalah orang yang bijak. Kerana dia tahu adanya kematian menyebabkan dirinya makin dekat dengan Pencipta.
Sekelip mata dia pergi tinggalkan kita. Itu bukti Allah itu berkuasa. Dia mampu mencabut nyawa hambanya anytime tanpa paksaan sesiapa. Itu rahsia Dia. Kembalinya kita kepada Allah, maka berakhirlah hidup di dunia. Bermulalah kehidupan di alam barzakh dan bermulanya penantian hari kebangkitan.
Janji Allah itu pasti. Kurangkan ketawa, banyakkan menangis kerana dosa kita terhadapNya.
Ya Allah, akhirilah kehidupan kami dengan kesudahan yang baik. Ampunkan dosa kami. Amin..
0 コメント:
Post a Comment