Alhamdulillah.. Jantung masih berdenyut meneruskan fungsinya. Hari Jumaat 1 Julai 2011. Jadual hari jumaat minggu ni sangat pack. Tak sempat nak rehat pun kat rumah. Awal pagi dah bersiap nak pergi Pejabat IKRAM untuk USKAB (usrah kabilah). Usrah umum je tapi best..pemberi tazkirah ialah Mak Cik Lah n Mak Cik Jah Dibok merangkap umi ^-^
Mak Cik Lah begi tazkirah berkaitan dengan Al-Quran. Generasi Al-Quran, dll. Mak cik banyak sentuh ayat-ayat AQ berkenaan cara or kaedah membaca AQ dgn betul. Umi pulak bagi tazkirah tentang Cemerlang. Umi banyak refer kepada buku Dr. Danial Zainal Abidin buku-buku lain. Tak pasti buku apa lagi. Sebab teman umi stay up sampai kul 2. Teman baca buku. Umi baca buku untuk usrah esok..aku pulak duk menghabiskan novel Hijab Sang Pencinta n Cinta Sufi. Teruk betul.
Masa kat pejabat IKRAM, ramai ahli-ahli usrah yang baru kenal. Ada yang dari oversea tengah cuti..ada dari UIA, UUM, macam-macam U lagi la..lepas usrah, terus ke bandar kat Pasar Payang untuk cari kain batik sutera untuk umi bawa gi KL sebab umi n abah gi PAT. Sampai kat rumah dalam pukul 3. Tak sempat duduk atas kerusi pun dah kena keluar balik sebab nak hantar budak-budak kecik g TTI untuk pertandingan mewarna anjuran Aqsa Syariff. Mula-mula ambik Yah (anak Mak Cik Ita) pastu Najah (anak Mak Cik Nun). Sampai kat TTI g jalan-jalan sekejap. Nak kena tunggu budak-budak mewarna sampai kul 5 ptg. Sambil-sambil tunggu, masuk kat dewan konvensyen tengok orang jual untuk Konsert Soutul Harakah malam tu. Masa tengok-tengok buku kat gerai Pak Cik Asmadi, pak cik mintak tolong susun buku yang ada dalam kotak kat atas meja..lepas tu kena jaga kedai pulak. Ada la sorang yang beli buku masa aku jaga kedai.. Gabra kejap sebab tak pernah jaga kedai sebelum ni. Alhamdulillah..ada pengalaman jaga kedai. Kira untuk persediaan malam Konsert la jugak sebab masa malam konsert tu aku kena jaga gerai IKRAM punya dengan Musfirah n Ibah. Hampir pukul 6 baru sampai ke rumah. Rehat kejap dalam 30 minit sambil-sambil bersiap untuk makan malam. Tak sempat nak makan ikan talapia goreng..huhu.Pukul 7 terus keluar dari rumah n bertolak ke TTI. Dalam jam 8 baru sampai n terus ke Masjid Kristal untuk solat. Selesai urusan, pergi kat gerai n tolong mak cik Zafnidar jaga gerai. Alhamdulillah..ramai yang menghulurkan wang untuk membeli tudung, Liqo, kerepek n dadih. Dadih dibeli oleh adik penjual (kami) untuk menghabiskan stok.hehe. Bila semua orang dah masuk, baru lah kami masuk ke dewan konvensyen.
Walaupun datang bersama family, tapi duduk di meja berasingan. Umi duduk kat meja Wanita, Abah n yang lain duk kat meja family, aku n ibah duk kat meja IPT. Sedih tak dapat makan sama-sama ng family tapi tetap best sebab makanan sedap. Walaupun duduk kat meja no 74 (paling belakang) tapi pergi kat depan jugak sebab nak ambik gambar Soutul Harakah. Majlis berakhir n kami kembali menjalankan tugas sebagai jurujual. Sempat jugak ambik tanda tangan Soutul Harakah tapi sorg je ahli yg dpt..dalam kul 12 baru kami pulang ke rumah selepas bersalam dengan umi n abah yg nak naik bas untuk ke PAT..
pos kali ni lebih bersifat peribadi..sekadar berkongsi rasa. ^ ^
0 コメント:
Post a Comment