Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Karim ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..
Nak kongsi sikit apa yang sy dapat dr usrah gabungan dengan makcik2 kat Pejabat IKRAM hari tu. Hari tu, Mak Cik Lah ada cerita pasal puasa.erm..first sekali, jom cek surah al-baqarah ayat 183, maksudnya:

Wahai orang-orang yg beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang terdahulu sblm kamu, supaya kamu bertaqwa

Erm..maksudnya, apa yang kita nak bila kita puasa ialah taqwa. Maksud taqwa ialah apabila hati kita sentiasa rasa takut kepada azab Allah tp dlm masa yg sama kita sgt mengharapkan redha dariNya. Tapi sebelum kita masuk bulan Ramadhan, sebelum kita kita berpuasa di bulan Ramadhan, kita sepatutnya dah prepare diri kita..dah latih diri kita terlebih dahulu sepanjang 11 bulan sebelum Ramadhan tu.rugi la kalau kita xprepare awal-awal. kalau kita nak masuk sesuatu pertandingan, kita akan buat latihan dulu. Contohnya, masa sy n kwn2 masuk kalam jama'ie. Tiap-tiap mlm kitorg akan buat latihan..walaupun ada assignment yg brlambak ditambah lagi dgn kuiz-kuiz. padahal nak perform sekejap je. x sampai 30 minit pun..sebab kita nak buat yg terbaik. Sepatutnya kita apply la kaedah yang sama untuk kita sambut Ramadhan. Bila kita dah betul2 perform ms bulan puasa, baru kita akan dapat taqwa tu..

Puasa ada tiga peringkat.
First sekali, puasa biasa iaitu tahan lapar dan dahaga. Hari tu ada tengok kat MHI, interview budak-budak sekolah rendah. Diorg ditanya kenapa puasa? Mostly ckp sebab nak raya..hanya sorg je budak yg ckp nak dpt pahala. xpe la budak-budak kan? Diorg xwajib puasa lagi..tapi ramai je orang dewasa kat luar sana yg tak puasa. Mungkin sbb mereka tak tahu pun untk apa puasa ni sebenarnya.

Then, puasa yg kedua ialah puasa sederhana. Puasa ni kita tahan pancaindera dan anggota kita. Puasa bulan Ramadhan, bukan puasa dr makan n minum je. Mulut kita, puasa dari mengumpat, puasa dari bercakap benda yg bukan-bukan. Mata kita, puasa dari tengok benda2 yg tak elok. Telinga kita, puasa dari dgr benda2 yg melaghakan. Kalau kita tak jaga semua tu, pahala puasa kita akan kurang la.

Lastly, puasa yg kita nak capai : puasa sempurna. Iaitu kita tahan rohani n rasa kita. Maksudnya, kita jaga hati kita elok2. tahan diri kita dari buruk sangka, riak n lain2 penyakit hati. susah sebenarnya..kadang-kadang kita x sedar pun benda tu berlaku. So, di bulan Ramadhan ni, kita bena kuat bermujahadah~

1 コメント:

muslihah said...

great info! thanks for sharing..