Dah lama tak menulis perkembangan diri dan dunia sekeliling. Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk tulis serba sedikit tentang ibrah kehidupan.
Alhamdulillah lagi sebab Allah bagi peluang untuk rasa pengalaman as pelajar tahun dua sem 4 Fizik Gunaan.
Makin hari makin mencabar. Setiap minggu ada dugaannya yang tersendiri. Kadang-kadang hidup ni rasa macam exam pulak. Ada je problems yang perlu di solve kan oleh diri kita sendiri. Mungkin kita masih boleh merujuk mana-mana sumber. Tapi, at the end of the day, we're the only one who can only solve it.
Sebelum ni rasa diri macam dah bongkok sedikit dek beban di bahu. Kali ni macam dah nak rukuk je rasanya.. semoga beban kali ni tak menyebabkan diri tersungkur ke Bumi. Semakin hari terasa macam diri makin tak terurus. Dah listkan kerja pun rasa tak terurus lagi.. malu nak mengadu pada-Nya sebab asyik mengeluh tak henti. Malu nak minta pada-Nya lagi. Minta dilapangkan masa untuk diri. Sedangkan sahabat lain juga punya jumlah masa yang sama denganku tapi masih haybat mengharungi gelora kehidupan. Am i the only one who feel this way? Hope not. Senyum.
Terasa seperti baby penyu yang terkapai-kapai di pasir pantai mencari jalan pulang yang tidak diketahui mana arahnya. Semoga akhirnya aku juga berjaya mencari jalan ke laut dengan pertolongan Dia. Amin.
Tanggungjawab itu amanah.
Dan amanah itu cukup berat untuk dilaksanakan.
Bak firman-Nya dalam surah Al-Ahzab:72,
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan."
Sedangkan gunung yang cukup kukuh itu tidak mampu memikul tanggungjawab ini, inikan pula kita yang masih rapuh iman di dalam hati. Tapi kita masih sanggup untuk memegang amanah itu. Nampak kat situ betapa beratnya amanah ini. Macam mana kita sanggup nak lepaskan amanah itu? Nangis.
Tanggungjawab, bukan sedikit.
Belajar itu amanah utama.
Dakwah pula bukan part timer.
Ditinggal tidak dilepas lagi lah tidak.
Mungkin ini caranya Allah menguji kita dengan memberi banyak tanggungjawab yang kadang-kadang tak tertahan bahu memikul. Seakan ingin berhenti. Tapi adakah berhenti dan melepaskan segalanya boleh membuatkan hati bahagia? Sedangkan hati itu bimbang untuk melepaskan amanah.
Ingin benar menyelami makna amanah dan tanggungjawab ini.
Supaya diri tenang memikul amanah
Supaya seimbang pelajaran dan dakwah
Supaya diri ini mahir berenang hingga ke dasar ujian
Sehingga menemui mutiara jawapan dari-Nya
Semoga sahabat memahami. Bukan ingin memegang amanah yang berat. Tapi Allah menentukan segalanya. Kita hanya mampu bersabar dalam ujian kerana ini tarbiyyah dari-Nya terus kepada kita.
Untuk menguji keimanan.
Untuk menguji ke mana kita adukan segala permasalahan.
Untuk menguji kesabaran.
dan banyak lagi tarbiyyah yang tersirat yang kita mungkin tidak nampak secara zahirnya.
Kepada Allah kita adukan segalanya.
Dari Dia juga jawapannya akan hadir kepada kita.
Kerana Allah sudah berfirman:
"..Bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya.."
surah Yusuf : 18
Dan Nabi Musa juga berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! kalau sungguh
kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika
betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada
Allah)"
10:84
dan,
tiada pengharapan yang dapat kita sandarkan kecuali kepada Allah :')
Wallahu'alam
2 コメント:
suka awak update~! ^__^
dapat rasa apa yang awak rasa sekarang =') faham.
Hidup kita bukan nafsi-nafsi sahaja kan. Banyak tanggungjawab yang terpikul. Banyak amanah yang tergalas. Kadang2 kita rasa x punya waktu yang cukup untuk selesaikan semua dalam satu masa. Kadang2 kita x mampu untuk atur dan urus semua perkara.
Awak sebut pelajaran. Awak sebut dakwah. Tarbiyah. Kita x boleh tinggalkan perkara ni. Ni semua tanggungjawab kita. Hidup kita bukan sekadar nak kejar 4 flat semata. Ada tanggungjawab lain yang terpikul.
Demi agama. =') saya nak cakap saya yakin awak boleh! Saya percaya awak boleh. Insya-Allah.
Ingat2 kan saya juga ya =')
xtau la akhir-akhir ni mcm xpercaya diri je.takut xterpikul semua.huhu
Post a Comment