Thursday, May 5, 2011

Book = Buku = Ilmu





Setiap insan tak akan dapat lari daripada memegang sebuah buku. It doesn't matter where you're from or if you're young, old, woman or man. (Lirik lagu Freedom ^-^) Memang kita akan tetap menatap buku. Tak kisah la sama ada buku tu genre dia apa kan? Kebanyakan dari kita, i mean rakan-rakan yang seusia dengan kita lebih suka membaca novel. Betul tak? Tak kisah la novel tu Islamik ke, thriller ke, komedi ke.. Novel-novel seperti ni la yang selalunya menjadi tatapan kita di kala cuti.. Ada jugak yang prefer tengok movie daripada baca buku. Tapi, in the end.. kita akan boring jugak bila dah tengok movie or drama yang sama berulang kali. Akhirnya, selongkar novel-novel or pinjam dari orang lain..




Kenapa kita perlu membaca? Tak pelik ke? Kenapa ada sesetengah orang yang sanggup menghabiskan RM300 untuk membeli buku? Membaca ni kan adalah salah satu cara nak dapat ilmu.. Seeking knowledge is compulsory to all Muslim right? So..kita menyahut seruan Nabi s.a.w. Menuntut ilmu ni tidak terbatas dengan hanya pergi sekolah or universiti sahaja. Bahkan menuntut ilmu ni boleh dapat di mana-mana sahaja. Di tepi jalan pun boleh jadi satu tempat kita dapat ilmu. Betul tak? Macam mana kita nak lintas jalan kalau kita tak belajar dari orang sekeliling kita kan? So.. membaca ni pun adalah salah satu tariqah untuk kita mendapat ilmu.


Habis tu.. baca novel boleh dapat ilmu ke? Eh..mesti lah. Ni ada satu contoh.. dalam novel Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshid, ada di ceritakan serba sedikit sejarah Tanah Melayu. (Macam promote buku pulak.hehe). Namun, kalau kita nak mencari bahan bacaan, kena la cari bahan bacaan yang berkualiti.. Jangan kita hanya mencari novel-novel cinta sahaja. Kan berlambak buku-buku yang mendidik rohani kita. Contoh penulis: Ustaz Hasrizal, Hilal Asyraf, Ustaz Zahazan, Ustaz Pahrol, Fatimah Syarha, dll. Buku-buku seperti ini lebih banyak mentarbiah diri kita.


Cuba bukak Al-Quran surah Al-Mukminun [40] : 83



"Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang di utus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka berasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka memperolok-olokkan itu"


Maksud ayat ni.. mereka yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah mereka yang merasakan diri mereka sudah lengkap dengan ilmu yang mereka ada dan mereka tidak mahu mencari ilmu lagi.. kenapa? kerana mereka merasa sombong dan gah kerana fikir mereka lah yang paling hebat sehingga tidak mahu mengakui akan kebesaran Allah.


Dulu lepas SPM, saya dah tanam dalam diri saya bahawa saya tak nak ambik dah aliran Sains ni.. dah cukup terseksa belajar masa sekolah. Tapi, Allah dah takdirkan saya untuk ambik lagi dan belajar lagi tentang Sains. Mula-mula kecewa tu ada.. rasa terpaksa untuk belajar. Tapi perasaan terpaksa tu akhirnya menjadi suka.. terutama sewaktu belajar Bio.. subjek ni lah subjek favourite saya sebab saya boleh mengenal sape diri saya sebenarnya.. Macam mana Allah boleh jadikan kita dengan hanya percantuman ovum dan sperm hingga kita di lahirkan. Macam mana kita boleh identify seseorang itu hanya dengan DNA yang kita tak nampak tu.. Allahu Akbar. Masa belajar tu rasa macam nak menitis air mata sebab walaupun kita tahu tentang semua tu..walaupun kita belajar tentang itu.. tapi kita lupa nak kaitkan semua apa yang kita belajar tu dengan Pencipta kita. Sewaktu belajar pasal Recombinant DNA Technology n tajuk Reproduction paling terasa bahawa Allah sangat dekat dengan kita sebenarnya.. Allah lah yang berkuasa ke atas kita. Kita ni memang lemah sangat2.. Anak dalam kandungan pun kita tak tahu macam mana keadaan gene dia. Terlebih ke..terkurang ke..Normal ke.. Kita tak boleh nak paksa chromosome kita tu jangan la tak terpisah..Kita tak ada kuasa tu. Disebabkan itu lah ibu-ibu mengandung di sarankan untuk memperbanyakkan mengaji n mendekatkan diri pada Allah. Bukan untuk ibu mengandung sahaja. Bahkan untuk kita semua juga.. Mana la tau kan kalau tiba-tiba gene kita terdelete ke terdouble ke kan? Tak kisah lah puncanya chemical or environment.


Cuba buka lagi Al-Quran surah Ali- Imran : 38

"Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat dari keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa pertolongan"


Nah..kan kita berdoa kepada Allah untuk dapat zuriat dari keturunan yang baik. Moga Allah mengkabulkan doa-doa kita. So, dengan ilmu inilah, kita jadi makin dekat dengan Allah..perasan ke tak?


Jom kita buka lagi Al-Quran surah Luqman [31] : 27


"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta) , tambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana"


Ilmu kita ni banyak mana la ye pada pandangan Allah. Kadang-kadang kita rasa jemu menuntut ilmu sebab tak ada semangat.. kenapa kita rasa macam tu? Kenapa kita putus asa? Agak-agaknya la kan.. ilmu yang kita ada ni sampai tak setitik kalau nak di bandingkan dengan ilmu Allah? So..kita jangan la putus asa..


Sebab Allah dah berfirman dalam surah Al-Mujaadalah [58] : 11

"....... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan beberapa darjat"


Kalau kita putus asa, cuba bukak Al-Quran surah asy-Syura : 28

"Dialah Tuhan yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmatNya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan yang Maha Terpuji"


Best kan kata-kata dari-Nya? so..jom cari ilmu! Kita isikan masa cuti kita ni dengan membaca atau apa-apa je aktiviti yang kita boleh dapat ilmu daripadanya..




p/s: Alamak..pos saya jadi panjang la..perangai awak ni contagious la B2..hehehe

9 コメント:

:: Zahratu Billaurah :: said...

wah~ pabila SN TECH student bersuara, aha~
ha, baru la nampak update

betul tu leper
ilmu mana2 boleh cari, yg penting kena rajin membaca
baca novel, buku ilmiah, buku pelajaran, motivasi, lain2.
dan setiap ilmu yg bermanfaat itulah yg mendekatkan diri kita kpd Allah, bila kita ada ilmu, kita lebih kenal siapa Pencipta kita, krn akhirnya kita akan kembali kpd Dia jua.

mcm awak crite psl DNA dan chromosomes tu ^_~
saya gembira awak dah suka subjek awak..*peluk* (lagu blog awak ni syahdu la, haha)
kita sama2 blh kongsi ilmu
saya rindu nak belajar semua tu!


p/s: apa pulanya..saya tak menjangkiti awak, awak yang berjangkit dgn saya, haha ^_^ saya x salah~ x~


cepatlah baliiikkkkk ='((
cuti saya sebulan agi

Marhamah said...

kekgi saya balik, kita ajak nabihah g umah mak cik ani neh..
tak la suka secara total tp bio je plg sy suka...hehehe

p/s: sy berjangkit dgn awk la..

:: Zahratu Billaurah :: said...

ok, Insya-Allah ^_^

ok la tu, jgn benci sudah

awak balik bile ni ='((
marila keluar ramai2..x sedap awak xdk..='((

Marhamah said...

saya lmbt g..akhir bulan 5 ni kot.maybe 20hb.tak taw

g jln ng ain dh k?

:: Zahratu Billaurah :: said...

lambatnya... ='((
saya masuk awal bulan 6 (xmboh, nak cuti agi! ='(( )

x jalan pun...saya duk dkt rumah je..
Syerah ada ajak gi jln, nak tunggu Fathiah balik dulu

Anonymous said...

salam ziarah...
assalamua'laikum...
mabruk alaik...
nice article...ana pon mnat bio gk..hehe
k,gud luck in ur life n hereafter!
~mendamba redhaNYA~

Marhamah said...

b2> la..cuti lama2 duk wak nape k?ingtkan awak g jln ng bdak2 tu..hehe

anonymous> syukran..sape ni?

:: Zahratu Billaurah :: said...

xtau gak, rs kjp je cuti
duk rumah je la, jln2 ngan Ibu saya, skrg nak abis dah cuti...waaaaaa! ='(( xmboh2, xmboh2

Marhamah said...

ni masuk sem brp plok ni?bila cuti lg?sy masuk 7hb 9 kot