Ukhuwah ialah ikatan antara muslim tanpa memilih darah atau warna kulit. Hubungan di antara muslim ini diikat dengan kalimah La Ilaha Illa Allah (لا اله الا الله). Persaudaraan dalam Islam telah disebutkan oleh Allah dalam surah al-Hujurat: 10:
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat"
Walaupun kita tidak mengenali umat Islam yang berada di negara lain tapi kita semua adalah saudara seIslam. Kerana itu lah nabi menyarankan kita supaya mencintai saudara kita sebagaimana kita cinta diri kita sendiri. Hadis ke-13:
"Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Pernah tak kita terfikir untuk mencintai orang lain melebihi diri kita sendiri? Macam susah sangat kan? Abu Amr bin Shalah berkata:
"Perbuatan seperti itu terkadang di anggap sukar untuk dilaksanakan seseorang. Sebenarnya tidak demikian, kerana apa yang di maksudkan ialah iman seseorang tidak sempurna sehingga dia mencintai kebaikan untuk saudaranya sesama Muslim seperti mencintai kebaikan untuk dirinya sendiri"
Contoh cara untuk kita praktikkan:
1. Jangan berebut kat tempat orang ramai. Contoh yang paling senang ialah masa nak balik hostel dari kampus. Di USIM, masalah yang paling berat bagi student Tamhidi ialah bas yang kurang =.= Takde lah kurang sangat tapi disebabkan letih yang amat (padahal hanya duduk mendengar kuliah.hehe) n hostel yang amat tersorok dari hostel-hostel senior yang lain, kami sentiasa berebut untuk balik awal. Fenomena ini memang sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Nak tak nak memang kena duk menunggu tepi jalan sebab dah tak larat berebut. Walaupun student USIM, majoriti student datang dari SMKA tapi bila bab2 berebut bas ni hanya Allah lah yang tahu.. Punyalah nak naik bas sampai boleh berebut dengan student lelaki. Ish3..kadang-kadang memang sakit mata la tengok tapi kita tak punya kuasa untuk buat apa-apa hanya mampu membenci dlm hati. So, kalau anda berada dalam situasi mcm ni, you better give up drpd berebut bas. Daripada duk tolak menolak nak naik bas tu, baik kita duk tepi jalan sambil baca buku sementara tunggu bas seterusnya. Kita kena beralah sebenarnya, fikirkan priority dulu. Mungkin ada orang lain yang terpaksa balik awal sebab ada hal penting.. kita yang tak ada masalah apa-apa, biarlah orang naik dulu. Kalau semua orang macam tu kan senang. Tak de la sampai bermasam muka kan?
2. Tidak berniat untuk menghilangkan kenikmatan yang dimiliki orang lain. Maksud kat sini, kalau kawan kita tengah duk bersenang-lenang tidur, jangan lah duk kacau dia. Kalau kita sekalipun, mesti kita rasa nak marah kan?
Cara lain tu, anda fikirlah sendiri ye.Hehehe. Ada lagi hadis lain yang menyebut tentang nilai persaudaraan. Hadis ke-35:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan jangan lah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seseorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi, dan merendahkannya. Takwa itu di sini (baginda menunjuk dadanya tida kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain"
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Kalau kita teliti hadis ni, dalamnya ada terkandung nilai utama dalam persaudaraan. Nilai-nilai ini disampaikan dalam bentuk arahan dan larangan. (Ingat lagi tak belajar masa Form 5?)
Alangkah indahnya persahabatan sekiranya kita mengaplikasikan nilai-nilai ini dalam persahabatan kita. Namun, secara tidak sedar sebenarnya kita sedikit sebanyak telah berjaya mengadaptasikannya dalam hidup kita walaupun bukan totally. Betul kan?
Ada lagi hadis mengenai ukhuwah:
"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikatakan kamu beriman sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akannya nescaya kamu berkasih-kasih? Iaitulah sebarkan salam di antara kamu."
(Riwayat Muslim)
Senang je kan? Caranya ialah kita bagi salam kepada orang lain. Tapi, bagi salam ni bukan bermakna kita bagi salam kepada sesiapa sahaja. Tentunya kita bagi salam kepada sahabat-sahabat yang sama jantina dengan kita. Masa Form 5 dulu pun kita ada belajar tentang memberi dan menjawab salam kan? Sekiranya seorang lelaki memberi salam kepada seorang perempuan, maka tidak wajib perempuan itu menjawabnya sekiranya lelaki itu bukan mahramnya. (Betulkan kalau salah ye). Tapi situasi sekarang, apabila seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain yang kita tak pernah jumpa, orang itu akan memandang kita dengan pelik. Try la kalau tak percaya.Hehehe. Penyebaran salam masih belum lagi menjadi tabiat kita. So, jom kita sebarkan salam!
Tulis tentang post ni membuat kan saya teringat kepada kawan-kawan dari Pasti sampai USIM. Sekarang saya tertanya-tanya, kenapa walaupun kita hanya berkenalan dengan sahabat dalam tempoh masa yang sangat singkat (1 tahun) tapi rasa macam bonding dengan mereka lebih kuat daripada sahabat yang kita dah kenal lebih 5 tahun? Adakah disebabkan oleh situasi yang berlainan? (Bulat jangan terasa.hehe) Tapi ni la hakikatnya.. Masa nak berpisah dengan diorang tu, hati rasa lain macam je.. rasa cam nak nangis pun ada. Rasa terkilan pun ada masa tak sempat jumpa mereka. Sedih waktu jamuan kat Port Dickson majoriti tak boleh datang. Rasa sangat bahagia waktu mereka-mereka datang ke bilik sebelum balik.. bercerita tentang perasaan, bercerita tentang macam-macam. Perasaan sayang tu makin berganda tapi InsyaAllah kita akan jumpa lagi. Berjumpa dan berpisah tu kerana Allah. Sangat manis waktu-waktu yang kita habiskan sama-sama.
Sahabat SKTJ,
Walaupun kita dah 6 tahun tak berjumpa, tapi aku masih teringat lagi saat-saat kita bermain. Walaupun waktu tu tak matang lagi, aku masih ingat lagi gelak tawa kita sekelas n ragam kita semua. Tentunya paling ingat waktu kita sekelas masuk choir. Best sangat2 walaupun tak pernah terdetik pun nak naik pentas n wat persembahan depan cikgu-cikgu sekolah menengah. Rindunya zaman kanak-kanak itu.. Bila kita nak wat reunion?
Sahabat SMKATJ,
5 tahun kita bersama, saya masih ingat waktu kita bermain waktu kelas BA, duduk paling awal masa ustazah suruh hafal hua, huma, hum tu.. sampai ustazah panggil kita berempat (saya, bulat, ain, mimi) ke depan. Ingat lagi tak? Sampai kita rasa cuak kenapa ustazah panggil kita ke depan.. padahal ustazah nak mintak tolong kita kacip kertas soalan je. Ingat lagi tak waktu kita didenda Ustaz Yusoff keliling sekolah sebab tak hafal doa?hehe.. Ingat lagi tak waktu kita main kejar-mengejar dalam kelas waktu kita Form 2 sampai kaki saya berdarah sebab langgar pintu? Waktu tu kita kunci pintu tak nak budak lelaki masuk kan? Saya ingat lagi waktu saya kena turun kelas sebab banyak sangat main.. Korang masih tunggu saya untuk rehat sama-sama kan?
Ingat lagi tak kita balik lambat sebab kita masuk pertandingan wat banner? Sampai habis watercolour cikgu kita guna.. tapi tak menang.hehe. Ingat lagi tak waktu kita menangis masa mintak maaf sebelum SPM? sebab kita maybe tak kan jumpa dalam masa terdekat ni.. Kita rakam saat-saat kita bersama..tapi saya dah terhilangkan gambar tu..hehe. Rindu untuk berjumpa balik..
Sahabat USIM: C-4-5,
Saya masih ingat waktu saya mula-mula melangkah masuk rumah kita, kita berempat je..langsung tak kenal antara satu sama lain.. kemudian rumah kita makin meriah dengan bertambahnya 4 orang lagi.. Ingat lagi duk kacau budak-budak ni. Belajar bersama, stay up sama-sama.. pergi tasik sama-sama. Sangat best. Lepas ni maybe kita tak serumah lagi..Sedihnya.
Sahabat USIM: TST 4,
Dari awal tamhidi, sampai habis tamhidi, korang la tempat saya merujuk kalau tak faham belajar..ke mana-mana, kita tetap bersama. Kata Murni, "Kebersamaan itu penting!". Betul la tu.. bila kita bersama, macam-macam kita buat,=. Ingat tak kita sama-sama turun surau n main pagi tu..sampai ada orang tegur yang kita terlalu bising sehingga menggangu Blok lelaki. Ingat tak lagi waktu kita bergaduh sebab report writing? Sampai kita bermasam muka sekejap..tapi lepas tu korang bagi coklat yang tertulis "Maaf ye". Terus kita jadi baik semula.. Ingat tak waktu kita bergaduh sebab drama?
Ingat lagi tak masa kita kat Port Dickson? Kita berBBQ same-same.. kita gali pasir cari tembikai.
Kita makan tembikai cicah pasir waktu tu. Moga kita berjumpa lagi..
Moga ukhuwah yang terjalin antara kita tidak terputus di sini..
Hello world!
5 years ago
5 コメント:
hwa~~~
sedey bler ingt blik...
rse windu ngn semer2...
windu nk bz blik...
windu nk gurau2 buli2 k0wunk..
debate2...
hehehe...
friendship is very precious...
h0pe ukhuwwah kter sntiasa b'kekalan...
InsyaALLAH~
haha..rindu kenangan dengan TST4.
amboi..rindu nak buli? ^-^
leper...huwaaaaaa, menitik dah air mata ni...='(( ='((
yg bab naik bas tu, mmg, waktu mcm nilah nk tgk peribadi, mcm mana seorg Muslim tu. tgk dkt Jepun, walaupun ditimpa musibah tp tetap beratur utk ambil mknn!
dlm persahabatan berpaksikan iman, tingkat plg bwh ialah sangka baik dan tingkat plg tinggi ialah ithar, melebihkan shbt berbanding diri sendiri...
dan saya x terasa lgsung awak ckp walaupun knl 1 thn tp rs lebih sedih nk tinggal, saya dh anggap semua kwn2 awak knl mcm kwn2 sy juga tau! ^_^ sy pun ada rs mcm tu, tu mungkin sbb 1 thn tapi kita duduk serumah mcm adik beradik! tp yg 5 thn jumpa dkt skolah, hari2 tp ada ms balik, tp walau apa pun, semua sama, awak tetap dlm hati saya!! ='(( *peluk*
huh..sedih2..*kesat2* (lagu blog awak ni la punya psl, haha~ sy bukannya blh bab touching2 ni, meleleh terus)
sy ingat!
sedihnya..semua tu kenangan lalu, kenangan yg sgt manis..xkan pernah sy lupa sampai bila2. ingat waktu darjah 6, haha, masuk koir. ms khemah. ms dpt result, waaaa
hak ustazah suruh kacip kertas tu x brp ingat, hak Ustaz Yusoff rsnya ingat lagi, kita kene naik tingkat atas kan, kene denda jln, haha. kalau bab kaki awak bdarah tu, xkn pernah saya lupa, sbb sy penyebabnya, haha. awak pun tggu sy sokmo, sy mkn lambat sokmo, sampai kalau ms rehat lambat dh, awak ajak gi kantin sbb takut cg masuk, sy mkn lambat ngat, haha. banner sy ingat! duk amin colour2, semangat warna tp xmenang pun, haha. dgn ms SPM nye, ms nk exam KIM hujan turun, ada skali kita gi study sama2 dkt kantin, mkn nasi sama2. dah...cukup..sy sedih sgt dah ni...='((
rindunya awak leper, rindu sgt kenangan kita dkt sekolah..rindu sgt..awak jgn lupa sy..sy xpernah lupa awak..='(( *peluk*
p/s: tolong tukar muzik blog awak ni, buat saya makin sayu...
kantin > koop
amin > main
ni psl touching sgt la ni..abis sume error..
hahaha.banyak ngat kenangan ms sekolah menengah..xingat plok ms kita main futsal tu.sapa awak jatuh 2.kelakor plok bila ingat balik..
Post a Comment