Friday, May 20, 2011

Selepas 6 Hari..

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah..berakhirnya daurah brmakna bermula lah kerja2 mngemas barang2 yang nak wat balik umah kat Tganu. Naik bas esok tapi satu barang pun x kemas lagi..ish3. Xpe la..sekarang nak kongsi pengalaman berdaurah dulu..


Hari Pertama (Isnin, 15 Mei 2011)

Program kami bertempat di rumah kak Nida (Darul Firdaus).. Akak ni naqibah Ibah. Sepatutnya daurah ni untuk Katibah diorang tapi disebabkan ramai yg x dpt hadir, so daurah ni pun terbuka untuk sape2 je.. Kami menaiki kancil ber'telinga' merah (Su punye) ke umah Kak Nida. Sampai2 je, kitorg salam2 pastu kitorg duk dalam halaqah kecik sebab baru 7 org yg ada.. Kak Khadijah Azman yg bg pengisian untuk 1st slot ni. Sebelum start pengisian, kami bertaaruf dulu..then, Kak Khadijah bagi pengisian pasal Hadis 12 n 13


Hadis ke-12:

"من حسن اسلام المرء تركه ما لا يعنيه"

"Merupakan tanda baiknya Islam seseorang iaitu meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya"

Hadis ni juga termasuk dalam bab Zuhud dalam kitab karangan Imam Tarmizi..Hadis ni menceritakan tentang seseorang Muslim itu perlulah meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah bagi dirinya sebab ni akan membuktikan tanda2 iman seseorang tu adalah sohih..Kalau kita tengok masyarakat zaman sekarang, mereka suka membuang masa mereka dengan kerja yang tak berfaedah. Bukan orang lain je..kadang2 aku pun sama je. So, jom kita ubah diri kita.. Sekiranya kita asyik buat keje xberfaedah je, apa akan jadi? Kita la yang rugi kan?


Hadis ke-13:

"لا يؤمن احدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه"

"Seseorang kamu benar2 beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Hadis ni menekankan tentang pentingnya persaudaraan dalam Islam. Kalau kita nak lihat contoh la kan, dalam sirah nabi sendiri terbuktinya persaudaraan tu penting. Teringat kisah Bilal bin Rabah waktu Rasulullah wafat. Ada sahabat mintak Bilal melaungkan azan selepas Nabi wafat..pastu Bilal pun azan tapi bila sampai kat اشهد ان محمد رسول الله , Bilal menangis sebab teringatkan Nabi..sampai semua sahabat menangis sama2 ng Bilal..

Ada satu lagi kisah pasal Bilal..waktu ni masa Bilal dah nak meninggal. Isteri Bilal cakap dia sedih tp Bilal kata dia gembira sgt. Sebab, Bilal memang dah x sabar2 dah nak jumpa ng Rasulullah..Sedih baca kisah Bilal ni. Terharu dengan ukhuwah antara sahabat2 dengan Rasulullah..

So, kalau kita nak melengkapkan iman kita lagi, kita sayang sahabat2 kita..

Even dengan non-Muslim sekalipun, kita kena hormati mereka n sayangi mereka.. Sebab perkataan 'kasih' tu xterbatas kepada Muslim sahaja..non-Muslim pun perlu. Kita kena selalu berdoa agar non-Muslim ni akan terima Islam. Takut nanti di akhirat, mereka akan cakap yang kita tidak menyampaikan kepada mereka..


Hari ke-2 (16 Mei 2011)

Selamat Hari Guru kepada guru2 yang pernah mengajar saya!!!

Terutama kepada guru2 di Pasti Taqwa Bt 6, SKTJ, SMKATJ, Tamhidi Sains & Teknologi..tak lupa kepada Umi n Abah. merekalah yang mendidik aku dari waktu aku comot2 sampai aku dah hampir nak menamatkan tittle 'teen'.. (ada setahun lagi.^^)

Tak sempat pun nak hantar mesej kat cikgu2..Sedih2.

Hari kedua, kitorg lebih kepada discussion n presentation..bedah buku Sirah Mustafa as-Syibaie. Kami di bahagi kepada 2 kumpulan. Satu group present satu bahagian. Kitorg present Bahagian 1: Sebelum Rasulullah Menjadi Nabi n Bahagian 2 plak : Permulaan Wahyu sehingga hijrah ke Habsyah


Hari ke-3 (17 Mei 2011)

Lepas breakfast, kami diberi pengisian tentang Syahadah & Tuntutannya oleh Mak Cik Fadhilah.

Xnak ulas panjang2 pasal tajuk ni..sila baca sendiri di blog ni. Nanti aku post kat blog ni.. Petang tu kitorang discuss pasal Raheq Makhtum. Malam, bincang pasal sirah..pasal kisah2 sahabat. Guna buku 65 Sahabat n Companion of Prophet.


Hari ke-4 (18 Mei 2011)

Pagi tu ada slot Manusia & Kebenaran oleh ustaz Muhaimin. Ustaz guna buku Yusuf Qardhawi : الناس الحق ..Panjang sangat penerangan oleh ustaz. Best n menarik sgt tajuk ni..ustaz ada jugak psiko2 kitorg..(betul ke eja ni?). Petang tu bengkel pasal tajuk ni dengan Mak Cik Saniah. Malam pulak, ada slot pasal Baitul Muslim oleh Mak Cik Minah..menarik jugak.Mak cik banyak sentuh pasal ciri2 calon2 suami..

1. Beriman

2. Keturunan

3. Berharta

4. Rupa


Hari ke-5 (19 Mei 2011)

Slot pagi terisi dengan tajuk Dakwah Fardhiah oleh Akhi Amir (Suami Kak Nida).. Akhi ni recommend buku:

1. Tips Untuk Menjadi Murabbi Success

2. How To Win Friend n Influence People

3. Thariq ila al-Qulub

Dakwah Fardhiah ni maksudnya dakwah oleh seseorang kepada individu yang lain..Kaedah ni ada banyak step2 nya..Sila baca blog yang telah di beri link kat atas..

Petang pulak ada bengkel pasal DF ni..

Malam ada jamuan penutup..Mak cik Halimah bawak makanan (Nasi Lemak Ayam) so, kitorg tak payah masak..Yay!.hehe.Nasi lemak sangat sedap tapi sambal dia sgt pedas..


Hari ke-6 (20 Mei 2011)

Jaulah ke rumah Mak Cik Saniah.. kul 10.30 pg kami berkonvoi 5 kereta ke Seremban. Ni la 1st time aku sampai ke Seremban (except KTM, Seremban 2 n Terminal 1 la). Memandangkan hari ni hari Jumaat, masa dah sampai kat Seremban tu, ramai sangat orang..penuh kereta. seksa tengok jalan..terpaksa main mencelah sebab takut terlepas kerete paling depan..dah la dalam kereta semua tak taw jalan nak gi umah mak cik..akhirnya, sampai jugak umah Mak Cik Saniah.. mula2 kami dengar pengalaman mak cik n mcm mn mula2 mak cik terlibat dengan usrah..Mak cik ada jugak citer pasal dia kawin masa duk kat England dulu..Lepas tu, kitorg solat n makan..mak cik masak nasi ayam..Dalam pukul 4 baru kitorg gerak balik sebab ramai yang balik ke kampung halaman masing2 malam ni..

0 コメント: